Salam warga ex-Lepai...
Kesempatan ini nak cerite sikit pengalaman hadir kenduri kahwin Mujahid tempoh hari. Alhamdulillah...dapat juga aku hadir kenduri ni walaupun rasa segan jer mula2 tu takut2 terserempak dengan Al-Sheikh Sigaraga...gagahkan juga untuk hadir demi Mujahid! hehehe...Yang menyambut aku masa mula2 sampai pakngah din...masa tu dah nampak dari jauh tapi tak berani nak tegur...tiba2 Kaman datang terus aku tunjuk pakngah...kami sapa dan memang betul pakngah...die tak kenal aku tapi aku introduce and at last dia ingat juga...sempat jugak dia cerita pasal kimo bulanan die...alamak sakit ape ek?...lupa la pulak tapi adalah die citer pasal rawatan kimo dia tu...
Pastu tengok si Sodri dah panggil2 aku...aku tinggalkan pakngah...jumpa Sodri bersama Nazri (anak pakngah), Sofi...Sofi? weii ini betui surprise ni...dari Narathiwat datang ni...dok sat lepas tu Chet ceme datang sama ngan Rozek...semasing bawak anak bini...aku jer datang solo...opsss pastu si Shidi pun mai....oh lupa nak habaq catering kenduri ni abang Shuib yg punya...so dia mestilah ada...pastu kami pun makan sambil hang kutuk aku...aku pun kutuk hang...
Mana hak lain? tak dak pun...hampeh betui korang...lompang lompung suruh datang pukul 2...dok kejap lepas makan pengantin mai...pehhhh Mariah beb!!! ingat tak budak ni...dulu hingusan lagi...dapat si Mujahid si hidung mancung ni...hehehe bagai pinang yang dibelah-belah...seriyes memang cun pengantin...siap ada silat bunga bagai...
Pukul tiga...Zul datang dengan rombongan...abih diangkut adik beradiknya...sama tiba dengan dia...jeng jeng jeng...Wan tepui datang ngan awek wa cakap lu...saiz small sikit dari Wan...tp okla tu sama padan...sampai abis diorang makan baru budak JB datang si Mamat parang tongkol ni...ada nak kena pelangkung ni...call aku dua hari sebelum kenduri ajak datang sama-sama...tapi dia datang paling lambat...hampehhh...
Borak punya borak Zul, Chet, Rozek, Wan dah nak undur diri...tinggal aku, Mamat, Kaman, Sofi dan Usop...ops lupa lak...Usop ni pengapit pengantin...1 day before tu dia dah follow Mujahid kat Melaka...lepak punya lepak...ari dah mendung...dah tak boleh belah dah ni...jam pun dah pukul 5...pi salam ngan ustaz Halim...masa sampai tadi tak salam pun...dah tengok ustaz Halim sibuk jer...ustaz Halim tengok aku macam kenai tak kenai jer...takpe la malas la nak kenal kan diri...terus minta undur diri dengan Mujahid...kebetulan mak Mujahid pun ada...dia kenalkan kat mak dia...terus aku kena..."oooo tak cam makcik masing-masing dah besaq" (nak habaq aku berisi la tu...tp xdala besaq macam wan)...aku renyih jer la...terus bagi salam dan chow...
Apa mimpi ni...tetiba wat entry macam ni...saja ja nak buang tabiat...kesimpulannya...masih ramai lagi yg mengenali kita walaupun ada yg lebih 15 tahun kita tak jumpa...ohhh ya sebelum terlupa ustaz Rahim taliban...yang naik moto frame pun ada...aku tak pi jumpa pun...pas kat depa jela pi jumpa...hahaha...
Dan inipun mungkin entry terakhir aku di blog ni...bukan apa fungsi blog ni macam tak friendly dgn warga ex-Lepai...so aku cadangkan kita jumpa di Facebook la lagi senang...aku dah friend dengan Azrul Penang dan Sofi Thailand...nanti kita boleh create group atau fan page...aku rasa kat FB lagi better...so sapa nak cari aku dalam FB boleh cari dalam emel ni sampaihati@gmail.com.
Ok la...chow dulu...Salam 1Malaysia...salam untuk semua...
Faizz Mustafa
Catatan sebagai warga Ex-Lepai
Berminat untuk berkongsi pengalaman semasa belajar di Lepai? Berkongsi cerita pahit manis sepanjang melalui liku-liku kehidupan sebagai sebahagian warga Kg. Padang Watt. Kehidupan yang serba sempurna ditinggalkan semata-mata untuk mencari keredhaan dan ilmu akhirat. Berkorban demi mencari kebahagian. Kisah rasa kasih sayang dan kepercayaan yang hilang dalam sekelip mata. Semuanya boleh anda luahkan sebagai peringatan untuk kita semua. Semoga dapat jadikan iktibar.
Emailkan kepada padangwatt@gmail.com
Emailkan kepada padangwatt@gmail.com
Friday, February 12, 2010
Friday, January 15, 2010
Walimatul Urus - Undangan Perkahwinan
Dengan segala hormatnya dijemput tuan/puan menghadiri majlis perkahwinan seperti berikut :
MD. MUJAHID AL-MUNTASIR BIN ABDUL HALIM
dengan pasangannya
MARIAH BINTI AHMAD
Tarikh : 07 Februari 2010 (Ahad)
Masa : 12.00 tengahari hingga 5.00 petang
Tempat : No. 14 Jalan 9C, Taman Cheras Jaya, 43200 Balakong, Selangor Darul Ehsan.
Telefon : 012-661 2362
dengan pasangannya
MARIAH BINTI AHMAD
Tarikh : 07 Februari 2010 (Ahad)
Masa : 12.00 tengahari hingga 5.00 petang
Tempat : No. 14 Jalan 9C, Taman Cheras Jaya, 43200 Balakong, Selangor Darul Ehsan.
Telefon : 012-661 2362
Semoga dengan kehadiran tuan/puan sekeluarga menyerikan lagi majlis ini. Sekian, terima kasih.
Monday, October 19, 2009
Daftar Nama & Nombor Telefon
Bagi memudahkan kerja-kerja mengumpul maklumat, saya berharap saudara-saudari dapat klik butang comments untuk meninggalkan butiran seperti berikut :
Nama :Kerjasama semua amat dihargai dan semoga usaha kita ini diberkati allah s.w.t.
Alamat tempat tinggal :
No. telefon :
Emel (Jika ada) :
Thursday, October 1, 2009
Pertemuan Aidilfitri 2009
Hari Raya Aidilfitri yang kelima baru-baru ini kami sempat berjalan raya di rumah Paklang Leman di Kg. Padang Watt, Lepai. Pertemuan yang dirancang hanya seminggu sebelum hari raya berjaya mempertemukan kami. Ringkas tetapi penuh makna dan gembira dapat bertemu kembali terutamanya maklang dan paklang. Hanya Ilyas, Faizz dan Shuib yang datang bersama ahli keluarga. Pada awalnya ramai yang memberi respon positif untuk turut serta antaranya saudara Mamat Johor, Din Telaga Bata, Haikal Pokok Tai, Sodri Bukit Raya tetapi masing-masing terpaksa membatalkan hasrat pada saat akhir.
Akhir sekali, salam Aidilfitri maaf zahir dan batin diucapkan sekali lagi kepada semua rakan-rakan warga ex-Lepai. Semoga kita berjumpa lagi pada masa hadapan. Kepada rakan-rakan yang melayari blog ini, anda dirayu untuk meninggalkan no. telefon atau alamat untuk dihubungi.
Akhir sekali, salam Aidilfitri maaf zahir dan batin diucapkan sekali lagi kepada semua rakan-rakan warga ex-Lepai. Semoga kita berjumpa lagi pada masa hadapan. Kepada rakan-rakan yang melayari blog ini, anda dirayu untuk meninggalkan no. telefon atau alamat untuk dihubungi.
Sunday, September 13, 2009
Thursday, May 7, 2009
Mohon Kerjasama Semua...
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana pada 27hb lalu dapat juga meluangkan sedikit masa dengan sahabat-sahabat yang sekian lama terpisah, ada antaranya lebih dari 10 tahun tidak bersua. Lantas pertemuan ini begitu bersejarah dan akan terus diingati. Bertitik tolak dari pertemuan ini maka satu jawatankuasa telah dibentuk untuk merencanakan pelbagai aktiviti khususnya bagi mencapai hasrat untuk mengumpulkan seluruh warga Pusat Ulumuddin pada masa hadapan.
Buat permulaan J/K pra-penaja yang dilantik sedang berusaha untuk mengumpulkan seramai mungkin warga Pusat Ulumuddin dengan cara mendapatkan nombor telefon atau emel atau apa-apa sahaja bentuk contact number untuk dihubungi. Sehubungan dengan itu sekiranya saudara/saudari sekelian ada mempunyai maklumat rakan-rakan atau maklumat anda sendiri selaku bekas penuntut/pengajar di Pusat Ulumuddin sudilah kiranya anda dapat memberi respon kadar segera dengan membalas di ruangan komen atau sms terus kepada saudara Mujahid di talian 019-3375490.
Semoga usaha kita ini diberkati Allah s.w.t. dan Ukhuwah yang berpanjangan.
Salam dari Waghieh N9
Fa-iz
Buat permulaan J/K pra-penaja yang dilantik sedang berusaha untuk mengumpulkan seramai mungkin warga Pusat Ulumuddin dengan cara mendapatkan nombor telefon atau emel atau apa-apa sahaja bentuk contact number untuk dihubungi. Sehubungan dengan itu sekiranya saudara/saudari sekelian ada mempunyai maklumat rakan-rakan atau maklumat anda sendiri selaku bekas penuntut/pengajar di Pusat Ulumuddin sudilah kiranya anda dapat memberi respon kadar segera dengan membalas di ruangan komen atau sms terus kepada saudara Mujahid di talian 019-3375490.
Semoga usaha kita ini diberkati Allah s.w.t. dan Ukhuwah yang berpanjangan.
Salam dari Waghieh N9
Fa-iz
Sunday, February 8, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)