Nama :Kerjasama semua amat dihargai dan semoga usaha kita ini diberkati allah s.w.t.
Alamat tempat tinggal :
No. telefon :
Emel (Jika ada) :
Catatan sebagai warga Ex-Lepai
Berminat untuk berkongsi pengalaman semasa belajar di Lepai? Berkongsi cerita pahit manis sepanjang melalui liku-liku kehidupan sebagai sebahagian warga Kg. Padang Watt. Kehidupan yang serba sempurna ditinggalkan semata-mata untuk mencari keredhaan dan ilmu akhirat. Berkorban demi mencari kebahagian. Kisah rasa kasih sayang dan kepercayaan yang hilang dalam sekelip mata. Semuanya boleh anda luahkan sebagai peringatan untuk kita semua. Semoga dapat jadikan iktibar.
Emailkan kepada padangwatt@gmail.com
Emailkan kepada padangwatt@gmail.com
Monday, October 19, 2009
Daftar Nama & Nombor Telefon
Bagi memudahkan kerja-kerja mengumpul maklumat, saya berharap saudara-saudari dapat klik butang comments untuk meninggalkan butiran seperti berikut :
Thursday, October 1, 2009
Pertemuan Aidilfitri 2009
Hari Raya Aidilfitri yang kelima baru-baru ini kami sempat berjalan raya di rumah Paklang Leman di Kg. Padang Watt, Lepai. Pertemuan yang dirancang hanya seminggu sebelum hari raya berjaya mempertemukan kami. Ringkas tetapi penuh makna dan gembira dapat bertemu kembali terutamanya maklang dan paklang. Hanya Ilyas, Faizz dan Shuib yang datang bersama ahli keluarga. Pada awalnya ramai yang memberi respon positif untuk turut serta antaranya saudara Mamat Johor, Din Telaga Bata, Haikal Pokok Tai, Sodri Bukit Raya tetapi masing-masing terpaksa membatalkan hasrat pada saat akhir.
Akhir sekali, salam Aidilfitri maaf zahir dan batin diucapkan sekali lagi kepada semua rakan-rakan warga ex-Lepai. Semoga kita berjumpa lagi pada masa hadapan. Kepada rakan-rakan yang melayari blog ini, anda dirayu untuk meninggalkan no. telefon atau alamat untuk dihubungi.

Sunday, September 13, 2009
Thursday, May 7, 2009
Mohon Kerjasama Semua...
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana pada 27hb lalu dapat juga meluangkan sedikit masa dengan sahabat-sahabat yang sekian lama terpisah, ada antaranya lebih dari 10 tahun tidak bersua. Lantas pertemuan ini begitu bersejarah dan akan terus diingati. Bertitik tolak dari pertemuan ini maka satu jawatankuasa telah dibentuk untuk merencanakan pelbagai aktiviti khususnya bagi mencapai hasrat untuk mengumpulkan seluruh warga Pusat Ulumuddin pada masa hadapan.
Buat permulaan J/K pra-penaja yang dilantik sedang berusaha untuk mengumpulkan seramai mungkin warga Pusat Ulumuddin dengan cara mendapatkan nombor telefon atau emel atau apa-apa sahaja bentuk contact number untuk dihubungi. Sehubungan dengan itu sekiranya saudara/saudari sekelian ada mempunyai maklumat rakan-rakan atau maklumat anda sendiri selaku bekas penuntut/pengajar di Pusat Ulumuddin sudilah kiranya anda dapat memberi respon kadar segera dengan membalas di ruangan komen atau sms terus kepada saudara Mujahid di talian 019-3375490.
Semoga usaha kita ini diberkati Allah s.w.t. dan Ukhuwah yang berpanjangan.
Salam dari Waghieh N9
Fa-iz

Sunday, February 8, 2009
Wednesday, January 28, 2009
Majlis Perjumpaan Kali Pertama
Sederhana tapi meriah...
Begitulah dapat diungkapkan pada pertemuan kali pertama bekas pelajar Pusat Ulumuddin di Sungai Congkak. Antara yang berkesempatan untuk hadir pada pertemuan ini ialah saudara Mujahid, Zulhazri, Haslizam, Shaari dan Rashidi. Saudara Azrul terpaksa berpatah balik ke Pulau Pinang kerana ada musibah berlaku. Pun begitu dengan kehadiran pasangan masing-masing serta keletah anak-anak menambahkan lagi suasana hiruk pikuk di Sungai Congkak.
Alumni PELADIN
Kesempatan berkumpul buat kali pertama ini digunakan sebaik mungkin dengan mewujudkan jawatankuasa penaja alumni yang sebulat suara memilih saudara Mujahid sebagai pengerusi, Zulhazri (Tim. Pengerusi), Shaari (Setiausaha), Amir (Pen. Setiausaha), Faizz sebagai bendahari dan selebihnya sebagai ahli jawatankuasa Peladin.
Mesyuarat juga bersetuju mengatur dua program utama iaitu Majlis Hari Raya di rumah ayahanda Ustaz Abdul Halim pada bulan Syawal 2009 dan Majlis Perjumpaan Kali Kedua yang akan dibuat di Kedah pada awal 2010 nanti. Di samping itu juga mesyuarat mengesyorkan agar usaha berterusan mencari rakan-rakan sepengajian di Pusat Ulumuddin.
Akhirul Kalam...

Subscribe to:
Posts (Atom)