Catatan sebagai warga Ex-Lepai

Berminat untuk berkongsi pengalaman semasa belajar di Lepai? Berkongsi cerita pahit manis sepanjang melalui liku-liku kehidupan sebagai sebahagian warga Kg. Padang Watt. Kehidupan yang serba sempurna ditinggalkan semata-mata untuk mencari keredhaan dan ilmu akhirat. Berkorban demi mencari kebahagian. Kisah rasa kasih sayang dan kepercayaan yang hilang dalam sekelip mata. Semuanya boleh anda luahkan sebagai peringatan untuk kita semua. Semoga dapat jadikan iktibar.

Emailkan kepada padangwatt@gmail.com

Wednesday, January 28, 2009

Majlis Perjumpaan Kali Pertama



Sederhana tapi meriah...
Begitulah dapat diungkapkan pada pertemuan kali pertama bekas pelajar Pusat Ulumuddin di Sungai Congkak. Antara yang berkesempatan untuk hadir pada pertemuan ini ialah saudara Mujahid, Zulhazri, Haslizam, Shaari dan Rashidi. Saudara Azrul terpaksa berpatah balik ke Pulau Pinang kerana ada musibah berlaku. Pun begitu dengan kehadiran pasangan masing-masing serta keletah anak-anak menambahkan lagi suasana hiruk pikuk di Sungai Congkak.

Alumni PELADIN
Kesempatan berkumpul buat kali pertama ini digunakan sebaik mungkin dengan mewujudkan jawatankuasa penaja alumni yang sebulat suara memilih saudara Mujahid sebagai pengerusi, Zulhazri (Tim. Pengerusi), Shaari (Setiausaha), Amir (Pen. Setiausaha), Faizz sebagai bendahari dan selebihnya sebagai ahli jawatankuasa Peladin.

Mesyuarat juga bersetuju mengatur dua program utama iaitu Majlis Hari Raya di rumah ayahanda Ustaz Abdul Halim pada bulan Syawal 2009 dan Majlis Perjumpaan Kali Kedua yang akan dibuat di Kedah pada awal 2010 nanti. Di samping itu juga mesyuarat mengesyorkan agar usaha berterusan mencari rakan-rakan sepengajian di Pusat Ulumuddin.

Akhirul Kalam...