Catatan sebagai warga Ex-Lepai

Berminat untuk berkongsi pengalaman semasa belajar di Lepai? Berkongsi cerita pahit manis sepanjang melalui liku-liku kehidupan sebagai sebahagian warga Kg. Padang Watt. Kehidupan yang serba sempurna ditinggalkan semata-mata untuk mencari keredhaan dan ilmu akhirat. Berkorban demi mencari kebahagian. Kisah rasa kasih sayang dan kepercayaan yang hilang dalam sekelip mata. Semuanya boleh anda luahkan sebagai peringatan untuk kita semua. Semoga dapat jadikan iktibar.

Emailkan kepada padangwatt@gmail.com

Monday, October 19, 2009

Daftar Nama & Nombor Telefon

Bagi memudahkan kerja-kerja mengumpul maklumat, saya berharap saudara-saudari dapat klik butang comments untuk meninggalkan butiran seperti berikut :
Nama :
Alamat tempat tinggal :
No. telefon :
Emel (Jika ada) :
Kerjasama semua amat dihargai dan semoga usaha kita ini diberkati allah s.w.t.

Thursday, October 1, 2009

Pertemuan Aidilfitri 2009

Hari Raya Aidilfitri yang kelima baru-baru ini kami sempat berjalan raya di rumah Paklang Leman di Kg. Padang Watt, Lepai. Pertemuan yang dirancang hanya seminggu sebelum hari raya berjaya mempertemukan kami. Ringkas tetapi penuh makna dan gembira dapat bertemu kembali terutamanya maklang dan paklang. Hanya Ilyas, Faizz dan Shuib yang datang bersama ahli keluarga. Pada awalnya ramai yang memberi respon positif untuk turut serta antaranya saudara Mamat Johor, Din Telaga Bata, Haikal Pokok Tai, Sodri Bukit Raya tetapi masing-masing terpaksa membatalkan hasrat pada saat akhir.

Akhir sekali, salam Aidilfitri maaf zahir dan batin diucapkan sekali lagi kepada semua rakan-rakan warga ex-Lepai. Semoga kita berjumpa lagi pada masa hadapan. Kepada rakan-rakan yang melayari blog ini, anda dirayu untuk meninggalkan no. telefon atau alamat untuk dihubungi.